Tuesday, May 31, 2011

10 perkara yang bakal membazirkan wang anda.

Fikir sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari pembaziran wang berlaku. Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli.



1. Air mineral di dalam botol – Sekarang harga air mineral adalah mahal. Lebih baik anda masak di rumah berbanding membelanjakan RM 3 hingga RM 5 sehari untuk membeli air mineral.


2. Minuman dalam tin - Minuman yang terang – terang mengandungi gula yang berlebihan ini lebih baik anda tidak beli. Jangan tertipu dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.


3. Makanan di luar – makan di luar seperti restoran adalah perbuatan membazir. Sekali sekala bolehlah, jika selalu, anda memang hanya membazir wang sahaja. Ini kerana penyediaan makanan di rumah jauh lebih murah berbanding anda membeli makanan di luar.


4. Membeli barang berjenama yang mahal - mahal – Jangan beli barang berjenama melainkan anda memang benar – benar ada wang untuk berbuat demikian. Membeli barang berjenama yang mahal ketika anda tiada duit adalah perbuatan yang membazir.


5. Tidak tutup suiz elektrik – Jika tidak gunakan lampu, tutup suiz lampu. Jika tidak tengok televisyen, tutup suiz televisyen termasuklah suiz astro jika tidak di gunakan. Jangan biarkan alat elektrik berada dalam keadaan standby kerana selagi meter berjalan, anda tetap kena bayar bil.


6. Berjudi dan skim cepat kaya – Jangan laburkan wang untuk berjudi atau skim cepat kaya kerana perbuatan ini akan menghilangkan wang anda sahaja. Tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan berusaha.


7. Menonton movie di wayang – Pastikan sebelum anda pergi menonton wayang, anda menonton movie yang berbaloi untuk di bayar. RM 10 bukanlah murah dan jika movie yang anda tonton adalah tidak bermutu, membazir sahaja wang.


8. Surat khabar – Tidak perlu bazirkan wang RM 1 sehari sedangkan anda boleh baca sahaja berita di online.


9. Berhutang tanpa ada tujuan – Jangan buat pinjaman peribadi jika anda tidak perlu. Kadangkala, ada juga orang yang buat pinjaman peribadi hanya untuk rasa hidup mewah. Jangan buat hutang jika keadaan tidak memaksa. Ini hanya akan merugikan wang anda untuk membayar hutang di tambah faedah lagi.


10. Melanggan televisyen berbayar – Jika anda hanya menonton televisyen seminggu sekali, jangan langgan siaran berbayar kerana ia perbuatan membazir sahaja. Lainlah anda hidup berkeluarga. Namun, jika anda melanggan, pastikan anda melanggan siaran yang anda tengok sahaja.






No comments:

Post a Comment