Saturday, December 31, 2011

Tiga rahsia menjayakan teknik bajet wang menggunakan sampul surat

Tiga rahsia menjayakan teknik bajet wang menggunakan sampul surat.

Sampul surat adalah alat untuk berjimat yang sangat hebat. Anda ambil beberapa sampul surat berdasarkan perbelanjaan yang bakal anda buat. Kemudian masukkan wang ke dalam sampul surat mengikut bajet yang telah di tetapkan. Dengan ini, segala perbelanjaan dapat di kawal kerana anda telah agih – agihkan wang mengikut keperluan yang sepatutnya.

Tuesday, December 20, 2011

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini.

Tidak dapat di nafikan lagi ilmu pengurusan wang adalah wajib di ketahui oleh semua orang. Di sebabkan kesibukan melakukan urusan harian, tidak semua orang ada masa untuk belajar pengurusan wang. Jadi, artikel ini akan menjelas tiga asas untuk membantu anda menguruskan wang.

Thursday, December 8, 2011

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang.

Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, di sebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini,anda akan di ajar bagaimana hendak menyimpan wang.

Thursday, December 1, 2011

Cara Untuk Ajar Anak Anda Menguruskan Wang

Pengurusan wang sudah menjadi antara ilmu yang wajib di ajar pada anak – anak. Anak – anak anda sekarang banyak di dedahkan dengan gejala negatif seperti dadah, arak dan pengaruh sosial yang teruk seperti Punk dan sebagainya. Ilmu pengurusan wang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap hidup mereka. Tanggungjawab sentiasa menjadikan diri kita lebih dewasa. Lagipun sekarang, wang adalah seperti bom jangka. Jika tiada ilmu menguruskannya, manusia boleh hilang tujuan untuk hidup.

Berikut adalah lima cara untuk mengajar anak anda ilmu pengurusan wang.

Sentiasa mula dari asas.

Ilmu pengurusan wang ada tiga perkara asas untuk di kuasai iaitu simpan, cari dan labur.Ajar ketiga – tiga asas pada anak anda. Jangan takut untuk ajar mereka ilmu – ilmu sebegini walaupun mereka semuda lima tahun. Ajar anak – anak anda untuk menyimpan wang. Apabila mereka sudah mahir, ajar mereka cara untuk tambah pendapatan dan seterusnya melabur.

Guna tabung yang lutsinar.

Cari balang kosong yang lutsinar dan jadikan ia sebagai tabung. Kanak – kanak tidak akan percaya selagi mereka tidak nampak. TUnjukkan pada mereka cara hendak simpan wang dan galakkan mereka menyimpan. Katakan pada mereka, jika mereka balang tersebut sudah penuh, anda akan beri hadiah pada mereka. Dengan ini, mereka akan lebih bersemangat untuk menyimpan.

Beri mereka elaun secara mingguan atau bulanan.

Jangan beri wang belanja pada setiap hari kerana ia tidak memberi mereka peluang untuk belajar menguruskan wang. Berikan mereka elaun secara mingguan atau bulanan. Ajar mereka bagaimana hendak membuat bajet dan biar pengalaman menjadi guru utama mereka.

Simpan bertujuan.

Katakan pada anak – anak anda, jika mereka mahukan sesuatu, mereka perlu menyimpan wang sendiri. Contohnya anak anda ingin beli permainan video terbaru, anda beritahu dia, jika dia mahu permainan video itu, dia perlu simpan wang dan beli sendiri. Jika harga permainan video tersebut terlalu mahal, anda mungkin menyuruh dia menyimpan hanya 20 peratus dari harga asal. Tujuannya adalah mengajar anak anda untuk berusaha mendapatkan sesuatu. Jika tiada usaha, tiada hasil.

Tunjukkan contoh yang baik.

Libatkan anak – anak anda dalam pengurusan wang anda. Contohnya ketika anda ingin menetapkan bajet untuk barangan dapur, tanya pendapat anak – anak anda. Kemudian anda rancang bajet anda di hadapan mereka. Dengan ini, fikiran mereka akan lebih terbuka mengenai ilmu pengurusan wang.

Sunday, November 20, 2011

Lima tip jimat duit dengan kadar segera

Lima tip jimat duit dengan kadar segera.

Ramai yang ingin belajar berjimat atau berjimat. Namun, keinginan mereka itu seperti di sekat kerana tidak mampu menahan nafsu membeli atau tidak tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika setiap hari anda membazir, ia pasti susah untuk mengubah tabiat tersebut dengan segara. Oleh itu, artikel ini akan beri anda lima tip untuk belajar jimat duit dengan kadar segera.

Tuesday, November 8, 2011

Lima sebab kenapa anda perlu ada belanjawan anda sendiri.

Lima sebab kenapa anda perlu ada belanjawan anda sendiri.

Belanjawan adalah penting dalam dalam keadaan sekarang. Duit masuk lambat tetapi keluar dengan sangat cepat sehinggakan kita tidak tahu di mana kita membelanjakan wang kita. Belanjawan membolehkan kita mengagih – agihkan wang untuk membantu kita membelanjakannya mengikut jalan yang betul. Berikut adalah lima sebab kenapa kita perlu ada belanjawan sendiri.

Tuesday, November 1, 2011

Berhenti membazir dan belajar 7 cara unik untuk berjimat.

Berikut adalah 7 cara unik untuk anda berjimat. Cara – cara di bawah mungkin ada yang tidak sesuai dengan anda. Namun, saya pasti minda anda akan lebih terbuka untuk cari jalan berjimat.

Cara pertama : Duduk di rumah jika tidak ada tujuan.

Jika anda kerap keluar rumah, anda pasti akan membazir. Contohnya anda bosan di hujung minggu dan anda keluar minum di kedai, tidakkah tindakan tersebut membazir? Bersembang di kedai kopi hanya akan menyebabkan anda membazir wang dan masa. Duduk di rumah membolehkan anda berjimat dari menggunakan wang pada perkara yang tidak di rancang lebih awal.

Cara kedua : Elakkan jualan borong.

Jangan terperangkap dengan jualan secara borong. Beli jika anda perlu sahaja. Memang harganya murah tetapi jika anda beli dan ia tidak perlu, tindakan anda hanya membazir sahaja. Yalah, anda tidak rancang untuk membeli tetapi secara tiba – tiba anda terlihat jualan borong, terus anda beli di sebabkan murah. Anda tetap membazir kerana membeli barang yang tidak perlu.

Cara ketiga : sentiasa survey kedai baru.

Jangan hanya beli barang dari satu kedai sahaja. Sebaliknya cuba kedai lain juga untuk memperoleh harga yang terbaik.

Cara keempat : Jimat untuk diri sendiri.

Jika anda rasa hendak membazir, anda lawan perasaan tersebut dengan menyatakan di dalam hati bahawa anda berjimat untuk kesenangan di masa hadapan. Secara psikologi, anda akan lebih bekerja keras jika anda lakukan sesuatu perkara untuk diri sendiri.
Cara kelima : Belajar cara untuk tawar menawar.

Sentiasa amalkan tawar menawar untuk peroleh harga yang lebih murah. Kebiasaanya, orang kaya selalu berunding untuk dapatkan harga yang lebih murah kerana mereka tahu sangat susah hendak mencar wang.

Cara keenam : berganding bahu dengan rakan untuk berjimat.

Cara rakan – rakan yang anda pecaya untuk berjimat bersama – sama. Jadi, anda boleh pergi kerja bersama –sama untuk jimatkan wang minyak, beli makanan dapur bersama – sama untuk dapat harga lebih murah kerana beli secara borong dan bermacam –macamcara lagi.

Cara ketujuh : Sentiasa senaman.

Senaman boleh memberi badan yang sihat pada anda. Badan yang sihat bermakna peluang untuk anda dapat penyakit adalah kurang. Jadi, perbelanjaan untuk kesihatan dapat di elakkan.

Thursday, October 20, 2011

Lima langkah hapuskan hutang

Lima langkah hapuskan hutang.

Hidup berhutang memang merunsingkan fikiran. Di sebabkan hutang, hendak tidur pun tidak lena kerana asyik memikirkannya. Di sebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat, kebanyakan orang seperti kehilangan arah untuk menguruskan wang.  Hutang hendak di bayar, kehidupan seharian juga perlu di tanggung. Sebelum anda hilang arah di sebabkan masalah kewangan, baiklah anda berusaha untuk mengatasinya.

Saturday, October 8, 2011

Lima langkah asas jimat wang

Lima langkah asas jimat wang.

Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.

Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.

Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.

Saturday, October 1, 2011

Baca ini untuk belajar tiga langkah merancang bajet keluarga.

Baca ini untuk belajar tiga langkah merancang bajet keluarga.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak merancang bajet untuk keluarga mereka. Mereka pernah dengar, tetapi mereka tidak pernah praktikkan. Mereka berpendapat bajet hanya untuk golongan yang kaya – kaya sahaja. Mereka silap kerana rancangan bajet adalah untuk semua jenis golongan dan setiap orang atau keluarga perlu ada bajet mereka sendiri untuk mengurus wang yang mereka ada.

Kita boleh lihat, keluarga yang tidak cekap pengurusan wangnya tidak bahagia manakala keluarga yang bijak dalam pengurusan wang lebih bahagia. Kerana wang manusia boleh bergaduh.Demi kebahagiaan anda dan keluarga, anda perlu rancang bajet. Sebagai bantuan, berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ikut untuk merancang bajet.

Langkah pertama.

Jujur dengan diri sendiri. Nyatakan dengan tepat jumlah pendapatan dan hutang yang anda ada. Anda perlu keluar dari alam khalayan dan kembali pada alam realiti. Alam realiti yang saya maksudkan adalah alam yang praktikal. Jika pendapatan anda adalah RM 2000 sebulan, secara praktikalnya perbelanjaan anda perlulah kurang dari jumlah tersebut. Jika anda hidup dalam alam khayalan, anda pasti akan terlebih belanja dan hutang akan bertambah.

Langkah kedua.

Dari jumlah pendapatan setiap bulan yang anda peroleh. Anda tolak jumlah tetap yang anda perlu bayar seperti hutang, sewa rumah, bil – bil utiliti dan sebagainya jika ada. Dari lebihan wang ini anda masukkan sebahagian ke dalam akaun simpanan tetap . Lebihan seterusnya anda gunakan ia untuk perbelanjaan.

Anda bahagikan peruntukkan kepada beberapa bahagian seperti pendidikan, barang dapur, hiburan, perhiasan diri, perbelanjaan anak - anak dan simpanan untuk peristiwa masa depan seperti melancong, hari raya dan sebagainya.

Langkah ketiga

Selepas anda bahagi – bahagikan wang mengikut jumlah yang anda tetapkan, anda jangan terlalu skema. Kadangkala barang dapur akan meningkat kosnya tanpa kita perasan, jadi janganlah pula anda catu makanan anda tetapi anda kurangkan wang dari bahagian hiburan contohnya dan masukkan ia ke dalam peruntukkan barang dapur. Anda perlu bersikap fleksibel dan megubah rancangan mengikut keadaan semasa jika perlu. Pada bulan hadapan, anda baiki bajet supaya lebih bagus.

Tuesday, September 20, 2011

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus.

Bajet atau juga boleh di kenali sebagai belanjawan adalah satu komponen yang penting dalam usaha anda untuk mengurus wang.Tanpa bajet, pengurusan wang akan jadi kacau bilau. Bajet yang bagus adalah bajet yang merangkumi semua perbelanjaan yang wujud dalam kehidupan anda.Dari barang wajib seperti makanan sehinggalah hiburan seperti menonton wayang, semuanya perlu ada bajet, barulah bajet anda sempurna.

Thursday, September 8, 2011

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang.

Apabila kita berkata mengenai pengurusan wang untuk anak – anak, anda pasti terbayang duit tabung sebagai kaedah yang berkesan. Kaedah ini memang berkesan, cuma di zaman yang penuh dengan cabaran, kaedah pengajaran perlulah lebih agresif lagi supaya anak – anak tidak membazir wang yang telah anda cari untuk mereka.

Berikut adalah lima cara yang boleh anda gunakan untuk mengajar anak – anak anda menguruskan wang.

Thursday, September 1, 2011

5 tip rancang bajet keluarga.

Menyediakan bajet keluarga bagi menguruskan perbelanjaan adalah antara perkara yang perlu di lakukan oleh ibu bapa sekarang. Keluarga adalah satu organisasi. Jika anda berjaya menguruskan kewangan keluarga dengan baik, keluarga anda akan jadi lebih bahagia dan tersusun. Jika tidak ada bajet atau belanjawan, takut – takut anda terlepas pandang keperluan seorang dua ahli keluarga dan mengakibatkan kepincangan dari segi hubungan. Selain itu, bajet juga membolehkan anda mengawal diri untuk belanja lebih dari sepatutnya.

Berikut adalah lima tip untuk merancang bajet keluarga.

Tip pertama : Masukkan matlamat masa hadapan dalalm perancangan bajet bulanan.

Rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Katakan anda ingin beli kereta pada tahun hadapan. Masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik belajar berjimat sekarang dari tergesa – gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.

Tip kedua : Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga.

Awal bulan, tanya setiap ahli keluarga apa yang mereka perlu. Dapatkan bajet secara spesifik dari setiap orang. Anda baca bajet mereka dan luluskan yang mana anda rasa perlu dan anda nilai sendiri berdasarkan wang yang anda ada.

Tip ketiga : Dapatkan jumlah wang tetap yang perlu di bayar.

Wang untuk hutang rumah, kereta, insurance, bil – bil dan sebagainya perlu di sediakan jumlahnya secara tepat. Apabila anda dapat gaji, anda asingkan siap – siap wang untuk pembayaran hutang – hutang dan bil – bil. Dari lebihan wang, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang bagi peruntukan makanan juga boleh di sediakan secara tetap setiap bulan.

Tip keempat : Agihkan wang untuk simpanan dan kecemasan.

Agihkan wang lebihan selepas perancangan bajet untuk di simpan secara tetap dan kegunaan kecemasan. Selain akaun bank untuk simpanan tetap, anda perlu juga sediakan akaun simpanan untuk kecemasan bagi menampung lebihan bajet jika berlaku. Kadangkala, ada perkara yang tidak di sangka – sangka berlaku seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Tip kelima : Ikut apa yang anda rancang.

Bajet tidak akan berjalan seperti yang anda mahu jika anda tidak ikut apa yang anda rancang. Kuatkan azam dan ikut segala rancangan yang telah anda tetapkan.

Wednesday, August 31, 2011

Anda hendak rancang bajet?

Anda hendak rancang bajet ? Tetapi tidak tahu jumlah sebenar wang yang anda gunakan untuk berbelanja ? Artikel ini boleh membantu anda.

Salah satu sebab kenapa orang gagal melaksanakan bajet yang mereka rancang adalah di sebabkan mereka merancang bajet yang silap.Mereka ingat, mereka hanya berbelanja sekitar RM 700 seminggu. Namun, apabila tiba pada hari perlaksanaan, mereka sentiasa terlebih belanja di sebabkan keadaan bajet yang tidak stabil. Ada sahaja perkara yang memerlukan belanja, tetapi mereka terlepas pandang dan terpaksa keluarkan wang yang luar dari rekod bajet.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan berbelanja kurang dari pendapatan yang anda peroleh adalah mengetahui jumlah sebenar wang yang terpaksa anda keluarkan setiap bulan berdasarkan perbelanjaan seharian anda. Apabila anda tahu keadaan sebenar cara anda berbelanja atau habit anda berbelanja, anda dapat kurangkan yang mana perlu dan seterusnya berjimat.

Pada bulan pertama, anda simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat satu diari yang berkisahkan perbelanjaan anda pada setiap hari. Dalam diari itu, anda catat semua perbelanjaan yang anda keluarkan pada setiap hari. Catatkan perkara yang anda beli dan harganya. Catatkan walaupun harganya 20 sen seperti bayaran tempat letak kereta. Walaupun nilainya kecil, anda perlu catat kerana anda boleh kurangkan pembaziran pada perkara yang tidak perlu.

Kemudian anda kenalpasti pula bayaran bil – bil utiliti seperti elektrik, air, broadband, astro dan segala keperluan anda yang lain. Tetapkan jumlah wang yang tetap bagi bayaran bil – bil ini. Katakan anda hanya mampu membayar sekitar RM 400 sebulan untuk bayaran bil, anda perlu pandai mengurangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu.

Contohnya jika bayaran bil bagi elektrik adalah tinggi, anda cuba lakukan penjimatan selama sebulan. Jika anda dapati harga bil tersebut masih tinggi bermakna memang rumah anda menggunakan elektrik pada kadar kuasa yang tinggi, jadi anda jimatkan pula pada bahagian lain seperti kurangkan langgan siaran astro, tukar talian telefon pada prepaid dan rendahkan langganan kapasiti broadband.

Anda juga boleh bahagikan perbelanjaan dalam diari harian anda kepada barang dapur, utility, hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, hiburan, pakaian, isi rumah dan sebagainya yang anda rasa perlu. Tulis diari anda secara konsisten selama 2 hingga 3 bulan. Pada bulan pertama anda akan nampak secara kasar habit berbelanja anda dan tahu jumlah sebenar yang anda belanjakan.
Anda rancang bajet untuk bulan kedua dan laksanakan bajet anda. Pada bulan kedua anda perlu catat diari lagi untuk menilai sejauh mana anda laksanakan rancangan bajet anda. Hendak berjimat bukannya mudah kerana anda perlu ubah kebiasaan anda membazir kepada tidak membazir. Ketahui cara anda berbelanja, nescaya anda dapat cari cara hendak berjimat.

Saturday, August 20, 2011

Ketahui tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang

Ketahui tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang.

Berikut adalah tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang.

Cara pertama : Gunakan kad kredit untuk kecemasan sahaja.

Jangan gunakan kad kredit untuk belian harian tetapi gunakan ia untuk kecemasan sahaja. Penggunaan kad kredit secara kerap akan menambah hutang sahaja jika anda tidak membayar tepat pada masanya dan kadar interest meningkat.

Monday, August 8, 2011

Empat tip untuk jimat wang dan elakkan kerugian

Empat tip untuk jimat wang dan elakkan kerugian.

Pertama : Kurangkan membeli perkara yang tidak berfaedah.

Sebelum membeli sesuatu, pastikan barang tersebut adalah perlu bagi anda. Jika tidak perlu, anda jangan beli. Contohnya perlukah anda beli air minuman dalam tin yang berharga RM 2 lebih semata – mata untuk hilang dahaga, sedangkan anda hanya perlu minum air kosong sahaja untuk hilangkan dahaga. Air kosong sah – sah lebih murah berbanding air dalam tin.

Wednesday, July 20, 2011

Empat strategi tidak bazir wang

Empat strategi tidak bazir wang.

Wang jika tidak di kawal penggunaannya, anda pasti tidak akan sedar akan kehilangannya. Untuk mengelakkan anda dari membazir, artikel ini membincangkan empat strategi yang anda boleh gunakan untuk mengelak pembaziran wang dari berlaku.

Friday, July 8, 2011

Empat cara untuk tingkatkan pendapatan

Empat cara untuk tingkatkan pendapatan.


Selain berjimat untuk menambah pemilikan wang, anda juga boleh cuba kaedah yang berlawanan iaitu menambah pendapatan. Menambah pendapatan dan dalam masa yang sama berjimat boleh menambah pemilikan wang yang banyak.


Berikut adalah empat cara untuk tingkatkan pendapatan anda.

Friday, July 1, 2011

5 strategi licik jimat wang.

Berjimat bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan keberanian untuk melaksanakan semua rancangan penjimatan. Jika tiada keberanian, usaha untuk berjimat pasti tidak akan berjaya. Berjimat akan menyebabkan anda perlu meninggalkan beberapa perkara yang anda suka. Contohnya dahulu anda melanggan astro, di sebabkan berjimat anda potong talian astro. Anda perlu ada keberanian untuk meninggalkan nikmat menonton siaran berbayar dan hidup tanpanya.

5 strategi yang bakal saya dedahkan ini juga memerlukan keberanian dari diri anda sendiri untuk menjayakannya. Tanpa keberanian, strategi ini tidak akan berjaya.

Strategi pertama : Masak makanan dan minuman di rumah.

Di Malaysia, kebiasaannya lelaki akan di ejek jika membawa bekal dari rumah. Pedulikan ejekan kerana telah terbukti jika anda bawa makanan dan minuman dari rumah, anda akan lebih jimat. Anda pasti akan jimat beberapa ringit sehari jika amalkan membawa bekal dari rumah.

Strategi kedua : Jimat minyak.

Jika kereta anda pakai banyak minyak, tukar pada motor yang kurang penggunaan minyaknya. Anda juga boleh berkongsi kereta dengan rakan – rakan. Selain itu, anda boleh naiki pengangkutan awam seperti bas atau LRT untuk ke tempat kerja. Jangan membazir wang untuk minyak jika ia tidak perlu. Jika tempat kerja dekat dalam 2 hingga 5 kilometer,anda boleh berjalan kaki atau kayuh basikal untuk jimatkan lagi wang untuk minyak.

Strategi ketiga : Tabung harian.

Masukkan wang lebihan belanja terutama wang syiling ke dalam tabung. Dari anda membiarkan wang tersebut bersepah –sepah, lebih baik anda kumpulkan ia dalam satu tabung. Jangan pandang rendah nilai wang syiling

Strategi keempat : Jimat air dan elektrik.

Minimumkan penggunaan air dan elektrik. Jika tidak menonton televisyen, matikan suiz elektrik. Sebelum keluar rumah, pastikan air di tutup dan semua suiz elektrik di tutup. Gosok baju secara berkelompok untuk menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Basuh baju hanya apabila penuh mesin basuh untuk memaksimakan pengguaan air.

Wednesday, June 8, 2011

Tujuh tip jimat wang

Tujuh tip jimat wang

Berikut adalah tujuh  perkara yang anda boleh jadikan panduan untuk menjimatkan wang anda.

Tip pertama : Gunakan alatan elektrik sekali lalu.

Basuh baju apabila muatan sudah penuh dan gosok  semua baju apabila semua baju sudah di basuh boleh menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah anda. Apabila anda menggunakan alat elektrik sekali lalu, ia lebih jimat berbanding anda gunakan alat elektrik pada setiap hari.

Tujuh tip hapuskan hutang

Tujuh tip hapuskan hutang.

Berikut adalah tujuh tip untuk hapuskan hutang.

Tip pertama : jangan biarkan hutang menjadi bos anda.

Kesilapan utama kebanyakan orang yang hidup dalam hutang adalah mereka terus berhutang. Mereka tahu hutang akan menyusahkan mereka tetapi mereka tidak mampu untuk melawan perasaan untuk terus berhutang berkali – kali. Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu buang mindset suka berhutang dahulu.

Tip jimat duit melalui pemakanan

Tip jimat duit melalui pemakanan.

Jika anda perhatikan perbelanjaan bulanan anda, anda akan dapati bahawa perbelanjaan makanan adalah sebahagian besar darinya. Jika anda dapat jimatkan perbelanjaan makanan, sudah pasti anda akan berjaya jimat sebahagian besar dari wang anda. Berikut adalah empat tip untuk jimat wang melalui pemakanan.

Tiga rahsia untuk mengecapi kehidupan Financial Freedom.

Tiga rahsia untuk mengecapi kehidupan Financial Freedom.

Financial Freedom adalah kehidupan yang sangat di impikan oleh semua orang dalam kehidupan zaman moden yang penuh dengan hutang. Kehidupan yang bebas dari hutang dan perasaan tanpa risau untuk berbelanja adalah nikmat yang sangat indah untuk di kecapi. Di sebalik impian mereka untuk hidup dalam keadaan financial freedom, kebanyakan dari mereka ini sudah berputus asa kerana tiada arah atau tiada panduan untuk mereka hidup dalam keadaan tersebut.

Wednesday, June 1, 2011

10 tip pengurusan wang untuk pelajar university.

Sekarang, pelajar university seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang mereka. Akibatnya wang banyak di gunakan untuk perkara yang merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa anda sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk anda enjoy, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.


Untuk membantu golongan pelajar ini menguruskan wang, artikel ini menyediakan 10 tip pengurusan wang untuk pelajar universiti.

Tuesday, May 31, 2011

10 perkara yang bakal membazirkan wang anda.

Fikir sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika anda mahu jimat wang atau mengelakkan dari pembaziran wang berlaku. Berikut adalah 10 perkara yang boleh menyebabkan anda membazir wang jika membeli.