Saturday, December 31, 2011

Tiga rahsia menjayakan teknik bajet wang menggunakan sampul surat

Tiga rahsia menjayakan teknik bajet wang menggunakan sampul surat.

Sampul surat adalah alat untuk berjimat yang sangat hebat. Anda ambil beberapa sampul surat berdasarkan perbelanjaan yang bakal anda buat. Kemudian masukkan wang ke dalam sampul surat mengikut bajet yang telah di tetapkan. Dengan ini, segala perbelanjaan dapat di kawal kerana anda telah agih – agihkan wang mengikut keperluan yang sepatutnya.

Tuesday, December 20, 2011

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini.

Tidak dapat di nafikan lagi ilmu pengurusan wang adalah wajib di ketahui oleh semua orang. Di sebabkan kesibukan melakukan urusan harian, tidak semua orang ada masa untuk belajar pengurusan wang. Jadi, artikel ini akan menjelas tiga asas untuk membantu anda menguruskan wang.

Thursday, December 8, 2011

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang.

Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, di sebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini,anda akan di ajar bagaimana hendak menyimpan wang.

Thursday, December 1, 2011

Cara Untuk Ajar Anak Anda Menguruskan Wang

Pengurusan wang sudah menjadi antara ilmu yang wajib di ajar pada anak – anak. Anak – anak anda sekarang banyak di dedahkan dengan gejala negatif seperti dadah, arak dan pengaruh sosial yang teruk seperti Punk dan sebagainya. Ilmu pengurusan wang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap hidup mereka. Tanggungjawab sentiasa menjadikan diri kita lebih dewasa. Lagipun sekarang, wang adalah seperti bom jangka. Jika tiada ilmu menguruskannya, manusia boleh hilang tujuan untuk hidup.

Berikut adalah lima cara untuk mengajar anak anda ilmu pengurusan wang.

Sentiasa mula dari asas.

Ilmu pengurusan wang ada tiga perkara asas untuk di kuasai iaitu simpan, cari dan labur.Ajar ketiga – tiga asas pada anak anda. Jangan takut untuk ajar mereka ilmu – ilmu sebegini walaupun mereka semuda lima tahun. Ajar anak – anak anda untuk menyimpan wang. Apabila mereka sudah mahir, ajar mereka cara untuk tambah pendapatan dan seterusnya melabur.

Guna tabung yang lutsinar.

Cari balang kosong yang lutsinar dan jadikan ia sebagai tabung. Kanak – kanak tidak akan percaya selagi mereka tidak nampak. TUnjukkan pada mereka cara hendak simpan wang dan galakkan mereka menyimpan. Katakan pada mereka, jika mereka balang tersebut sudah penuh, anda akan beri hadiah pada mereka. Dengan ini, mereka akan lebih bersemangat untuk menyimpan.

Beri mereka elaun secara mingguan atau bulanan.

Jangan beri wang belanja pada setiap hari kerana ia tidak memberi mereka peluang untuk belajar menguruskan wang. Berikan mereka elaun secara mingguan atau bulanan. Ajar mereka bagaimana hendak membuat bajet dan biar pengalaman menjadi guru utama mereka.

Simpan bertujuan.

Katakan pada anak – anak anda, jika mereka mahukan sesuatu, mereka perlu menyimpan wang sendiri. Contohnya anak anda ingin beli permainan video terbaru, anda beritahu dia, jika dia mahu permainan video itu, dia perlu simpan wang dan beli sendiri. Jika harga permainan video tersebut terlalu mahal, anda mungkin menyuruh dia menyimpan hanya 20 peratus dari harga asal. Tujuannya adalah mengajar anak anda untuk berusaha mendapatkan sesuatu. Jika tiada usaha, tiada hasil.

Tunjukkan contoh yang baik.

Libatkan anak – anak anda dalam pengurusan wang anda. Contohnya ketika anda ingin menetapkan bajet untuk barangan dapur, tanya pendapat anak – anak anda. Kemudian anda rancang bajet anda di hadapan mereka. Dengan ini, fikiran mereka akan lebih terbuka mengenai ilmu pengurusan wang.