Tuesday, September 20, 2011

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus.

Bajet atau juga boleh di kenali sebagai belanjawan adalah satu komponen yang penting dalam usaha anda untuk mengurus wang.Tanpa bajet, pengurusan wang akan jadi kacau bilau. Bajet yang bagus adalah bajet yang merangkumi semua perbelanjaan yang wujud dalam kehidupan anda.Dari barang wajib seperti makanan sehinggalah hiburan seperti menonton wayang, semuanya perlu ada bajet, barulah bajet anda sempurna.

Thursday, September 8, 2011

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang.

Apabila kita berkata mengenai pengurusan wang untuk anak – anak, anda pasti terbayang duit tabung sebagai kaedah yang berkesan. Kaedah ini memang berkesan, cuma di zaman yang penuh dengan cabaran, kaedah pengajaran perlulah lebih agresif lagi supaya anak – anak tidak membazir wang yang telah anda cari untuk mereka.

Berikut adalah lima cara yang boleh anda gunakan untuk mengajar anak – anak anda menguruskan wang.

Thursday, September 1, 2011

5 tip rancang bajet keluarga.

Menyediakan bajet keluarga bagi menguruskan perbelanjaan adalah antara perkara yang perlu di lakukan oleh ibu bapa sekarang. Keluarga adalah satu organisasi. Jika anda berjaya menguruskan kewangan keluarga dengan baik, keluarga anda akan jadi lebih bahagia dan tersusun. Jika tidak ada bajet atau belanjawan, takut – takut anda terlepas pandang keperluan seorang dua ahli keluarga dan mengakibatkan kepincangan dari segi hubungan. Selain itu, bajet juga membolehkan anda mengawal diri untuk belanja lebih dari sepatutnya.

Berikut adalah lima tip untuk merancang bajet keluarga.

Tip pertama : Masukkan matlamat masa hadapan dalalm perancangan bajet bulanan.

Rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Katakan anda ingin beli kereta pada tahun hadapan. Masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik belajar berjimat sekarang dari tergesa – gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.

Tip kedua : Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga.

Awal bulan, tanya setiap ahli keluarga apa yang mereka perlu. Dapatkan bajet secara spesifik dari setiap orang. Anda baca bajet mereka dan luluskan yang mana anda rasa perlu dan anda nilai sendiri berdasarkan wang yang anda ada.

Tip ketiga : Dapatkan jumlah wang tetap yang perlu di bayar.

Wang untuk hutang rumah, kereta, insurance, bil – bil dan sebagainya perlu di sediakan jumlahnya secara tepat. Apabila anda dapat gaji, anda asingkan siap – siap wang untuk pembayaran hutang – hutang dan bil – bil. Dari lebihan wang, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang bagi peruntukan makanan juga boleh di sediakan secara tetap setiap bulan.

Tip keempat : Agihkan wang untuk simpanan dan kecemasan.

Agihkan wang lebihan selepas perancangan bajet untuk di simpan secara tetap dan kegunaan kecemasan. Selain akaun bank untuk simpanan tetap, anda perlu juga sediakan akaun simpanan untuk kecemasan bagi menampung lebihan bajet jika berlaku. Kadangkala, ada perkara yang tidak di sangka – sangka berlaku seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Tip kelima : Ikut apa yang anda rancang.

Bajet tidak akan berjalan seperti yang anda mahu jika anda tidak ikut apa yang anda rancang. Kuatkan azam dan ikut segala rancangan yang telah anda tetapkan.