Wednesday, July 20, 2011

Empat strategi tidak bazir wang

Empat strategi tidak bazir wang.

Wang jika tidak di kawal penggunaannya, anda pasti tidak akan sedar akan kehilangannya. Untuk mengelakkan anda dari membazir, artikel ini membincangkan empat strategi yang anda boleh gunakan untuk mengelak pembaziran wang dari berlaku.


Strategi pertama : Senaraikan barang yang hendak di beli.

Tulis di atas kertas barang yang anda ingin beli. Berpandukan senarai tersebut, cari harga yang paling berpatutan dan beli. Dengan ini anda tidak akan membelanjakan wang secara membabi buta tanpa hala tuju.  Anda juga hanya akan membeli barang yang perlu sahaja.

Strategi kedua : Kenalpasti barang yang tiada, kemudian barulah pergi beli belah.

Jangan membazir dan beli barang yang sudah ada. Pastikan barang tersebut tiada barulah anda masukkan ia dalam senarai beli. Jika anda beri barang yang sudah ada, anda menggunakan wang anda  secara sia – sia.

Strategi ketiga : tulis diari wang.

Amalkan sebelum tidur, anda periksa ke arah mana anda belanjakan wang. Simpan segala resit yang ada supaya anda tidak hilang jejak penggunaan wang anda. Perbuatan ini membolehkan anda mengesan sama ada perbelanjaan itu perlu atau tidak. Setiap hari, anda majukan diri. Contohnya anda makan tengah hari dan anda dapati harga milo ais adalah RM 2.00, esoknya anda jimat wang dengan membeli air yang lebih murah.

Strategi keempat : Jadikan barang mewah sebagai istimewa.

Jangan tukar handphone setiap kali keluar model baru seolah – olah anda ada banyak wang. Jika ada wang yang cukup , barulah anda beli. Jangan jadikan barang mewah seperti barang biasa kerana ia bakal membuatkan bajet anda kacau bilau. Jika mahu beli barang yang harganya mahal, anda kumpul wang dan apabila cukup barulah belit. Jangan menonton wayang pada setiap minggu atau hari jika anda tidak ada bajet untuknya. Kenal pasti perkara yang anda selalu buat tetapi kosnya sangat mahal, kurangkan aktiviti tersebut dan hanya buat apabila tiba hari istimewa atau ada peruntukan khas untuknya.

No comments:

Post a Comment