Saturday, August 20, 2011

Ketahui tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang

Ketahui tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang.

Berikut adalah tujuh cara untuk kurangkan jumlah hutang.

Cara pertama : Gunakan kad kredit untuk kecemasan sahaja.

Jangan gunakan kad kredit untuk belian harian tetapi gunakan ia untuk kecemasan sahaja. Penggunaan kad kredit secara kerap akan menambah hutang sahaja jika anda tidak membayar tepat pada masanya dan kadar interest meningkat.


Cara kedua : jangan gunakan kad kredit untuk membayar hutang anda yang lain.

Memang anda akan cenderung untuk membayar hutang lain dengan kad kredit. Namun,  percayalah anda akan menyesal di kemudian hari kerana anda pasti tidak mampu menanggung beban hutang yang timbul selepas itu.

Cara ketiga : Dapatkan khidmat kaunseling untuk pengurusan hutang.

Walaupun anda rasa hutang anda terkawal, anda perlu dapatkan kaunseling dan nasihat dari pakar. Mungkin mereka dapat berikan anda cara untuk kurangkan hutang yang anda ada.

Cara keempat : rancang bajet untuk keluarga anda.

Merancang bajet adalah keperluan untuk hidup pada zaman sekarang. Anda perlu ada bajet untuk membantu anda menguruskan wang. Bajet membolehkan anda merancang cara hendak bayar hutang yang anda ada.

Cara kelima : kurangkan perbelanjaan keluar.
Kurangkan perbelanjaan dan lebihkan simpanan wang untuk bayar hutang secara berkelompok. Berjimat memang sakit sedikit tetapi sakit biasanya akan di belas dengan kesenangan di masa hadapan.

Cara keenam : Tingakatkan pendapatan.

Selain kerja tetap, anda lakukan kerja part time untuk meningkatkan jumlah pendapatan masuk. Tambahan pendapatan ini anda gunakan untuk bayar hutang. Anda pasti akan tenang apabila semua hutang berjaya di bayar. Selain part time, anda juga boleh mencuba apa sahaja cara yang halal untuk tambah pendapatan.

Cara ketujuh :  Simpan wang selagi boleh

Jika ada lebihan wang pada setiap bulan, jangan bazirkan tetapi anda simpan ia di dalam bank untuk bayar hutang. Walaupun duit syiling, anda jangan bazir. Sebaliknya anda kumpul wang syiling dalam satu tempat dan masukkan ia kedalam bank pada setiap bulan.

No comments:

Post a Comment