Thursday, September 8, 2011

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang.

Apabila kita berkata mengenai pengurusan wang untuk anak – anak, anda pasti terbayang duit tabung sebagai kaedah yang berkesan. Kaedah ini memang berkesan, cuma di zaman yang penuh dengan cabaran, kaedah pengajaran perlulah lebih agresif lagi supaya anak – anak tidak membazir wang yang telah anda cari untuk mereka.

Berikut adalah lima cara yang boleh anda gunakan untuk mengajar anak – anak anda menguruskan wang.


Cara pertama : Ajar mereka nilai wang.

Berikan duit elaun secara mingguan atau bulanan kepada anak – anak anda. Jika mereka terlebih belanja dan mahukan wang lebih dari anda, anda suruh mereka melakukan kerja seperti basuh bilik air, mop lantai dan sebagainya . Sebagai ganjaran, barulah anda beri mereka wang lebih. Mereka perlu tahu bahawa wang bukanlah datang dengan sendiri tetapi perlu ada usaha untuk mendapatkannya.

Cara kedua  : Ajar mereka belanjawan.

Ajar mereka untuk membahagikan wang untuk berbelanja, simpanan dan menderma. Wang di belanja untuk perkara yang perlu sahaja. Wang simpanan pula di simpan jika mereka mahu membeli handphone atau PS3 atau apa sahaja barang idaman mereka manakala wang menderma di masukkan dalam belanjawan juga supaya anak – anak anda tahu bahawa ada golongan yang lebih memerlukan wang.

Cara ketiga : Ajar mereka mengenai perniagaan dan perlaburan.

Walaupun anda anggap umur 12 tahun terlalu awal untuk di ajar mengenai kaedah perniagaan dan perlaburan, ia sebenarnya agak lambat kerana dunia sekarang terlalu pantas bergerak. Ilmu pelaburan dan perniagaan sudah menjadi antara kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap remaja untuk mereka jadi lebih matang dalam pengurusan wang. Tambahan di Malaysia ini penuh dengan skim pelaburan dan ada juga pelaburan dan perniagan yang menipu.

Cara keempat :  Ajar mereka bagaimana hendak tetapkan matlamat?

Setiap kanak – kanak ada impian mereka sendiri. Jadi anda ajar mereka untuk tunaikan impian mereka menggunakan wang yang anda beri pada mereka . Mereka bebas untuk guna teknik apa sekalipun seperti menyimpan atau berniaga atau melabur bagi menunaikan impian mereka.

Cara kelima ; Jadikan diri anda sebagai role model.

Anda dahulu perlu mantapkan pengurusan wang, barulah anda layak mengajar anak – anak anda. Ajar mereka secara live dengan menunjukkan bagaimana anda membahagikan wang gaji yang anda dapat. Pelajaran pengurusan wang bermula dari rumah dan biasanya anak – anak akan jadikan ibu bapa mereka sebagai idola.

No comments:

Post a Comment