Tuesday, December 20, 2011

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini

Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini.

Tidak dapat di nafikan lagi ilmu pengurusan wang adalah wajib di ketahui oleh semua orang. Di sebabkan kesibukan melakukan urusan harian, tidak semua orang ada masa untuk belajar pengurusan wang. Jadi, artikel ini akan menjelas tiga asas untuk membantu anda menguruskan wang.


Asas pertama : Belajar bagaimana hendak cari duit.

Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu tahu cara untuk cari duit. Walaupun anda bekerja makan gaji dan gaji anda tetap, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih banyak. Anda boleh kerja over time atau cari kerja part time yang tidak membebankan. Otak anda perlu ligat mencari cara untuk mencari wang lebih. Jangan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

Asas kedua: Simpan wang.

Asas kedua dalam pengurusan wang adalah simpan. Anda perlu belajar bagaimana hendak simpan wang. Setiap bulan tetapkan jumlah tetap untuk anda simpan ke dalam bank. Jika anda  wang lebih, simpan lebih. Namun, jangan kurangkan jumlah simpanan kerana secara psikologi akan memberi kesan pada anda.

Asas ketiga : Tahu cara hendak besarkan nilai wang yang anda miliki.

Asas ketiga adalah perlaburan. Jika anda simpan semua wang ke dalam bank, anda akan rugi. Belajar cara untuk biakkan duit dengan melabur. Anda boleh melabur di amanah saham, bursa saham kuala lumpur dan perniagaan part time anda. Simpanan wang perlu ada tetapi jangan simpan semua. Gunakan sebahagian untuk melabur. Jka anda untung, pasti anda akan tersenyum lebar. Jika rugi jangan melatah sebaliknya belajar cara untuk dapat untung. 

No comments:

Post a Comment