Wednesday, June 8, 2011

Tip jimat duit melalui pemakanan

Tip jimat duit melalui pemakanan.

Jika anda perhatikan perbelanjaan bulanan anda, anda akan dapati bahawa perbelanjaan makanan adalah sebahagian besar darinya. Jika anda dapat jimatkan perbelanjaan makanan, sudah pasti anda akan berjaya jimat sebahagian besar dari wang anda. Berikut adalah empat tip untuk jimat wang melalui pemakanan.


Tip  pertama : Keperluan lawan nafsu.

Jangan beli makanan kerana nafsu tetapi beli makanan kerana hendak makan bagi mendapatkan tenaga. Anda selalunya tidak perasan apabila anda habiskan wang untuk beli makanan yang tidak perlu seperti gula –gula, keropok, coklat dan kadang – kadang minuman dalam tin. Bayangkan dalam sehari anda minum satu tin minuman yang berharga RM1.50. Cukup 30 hari, anda telah bazirkan RM 45. Jika anda berhenti membeli minuman dalam tin, anda akan jimat sebanyak RM 45 sebulan. Itu adalah jumlah yang agak besar.

Tip kedua : Gunakan kupon

Sekarang, banyak kompleks membeli belah dan kedai – kedai makanan menyediakan kupon sebagai promosi. Jika ada kupon, gunakan kupon tersebut untuk menjimatkan wang anda.

Tip ketiga :  Jangan beli makanan segera yang belum di masak.

Jangan beli makanan segera yang belum di masak seperti burger, nugget dan kentang. Selain ia menggemukkan, pembelian ini hanya akan membazirkan wang anda. Di sebabkan ia adalah makanan segera, anda akan rasa cepat kenyang dan cepat lapar. Akhirnya anda akan makan lebih banyak dan banyak juga wang di bazirkan untuk makan.

Tip keempat : Survey harga dan beli dari pasar raya yang termurah.

Survey harga barang di setiap pasar raya dan beli barang dapur anda dari pasar raya yang menawarkan harga termurah. Untuk barang yang tahan lama seperti sos dan makanan dalam tin, anda boleh beli secara borong untuk dapatkan harga yang lebih murah. Satu lagi idea, anda berpakatlah dengan beberapa orang kawan anda untuk membeli barang dapur secara borong bagi menjimatkan wang.





No comments:

Post a Comment