Wednesday, June 8, 2011

Tujuh tip hapuskan hutang

Tujuh tip hapuskan hutang.

Berikut adalah tujuh tip untuk hapuskan hutang.

Tip pertama : jangan biarkan hutang menjadi bos anda.

Kesilapan utama kebanyakan orang yang hidup dalam hutang adalah mereka terus berhutang. Mereka tahu hutang akan menyusahkan mereka tetapi mereka tidak mampu untuk melawan perasaan untuk terus berhutang berkali – kali. Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu buang mindset suka berhutang dahulu.


Tip kedua : Sentiasa peka dengan jumlah wang yang anda hutang.

Siasat jumlah wang yang anda berhutang. Dengan ini, anda akan lebih peka dan tahu kedudukan semasa keadaan kewangan anda. Anda pasti tidak akan boros jika anda tahu jumlah wang yang anda hutang. Ia seperti penghalang untuk anda berbelanja lebih dari sepatutnya.

Tip ketiga ; Minimakan perbelanjaan

Minimakan perbelanjaan sebanyak mungkin yang anda boleh. Kurangkan 15 percent dari perbelanjaan yang anda biasa buat. Apabila kehidupan sudah biasa dengan bajet yang baru, kurangkan lagi 15 percent. Banyakkan simpan wang dari berbelanja.

Tio keempat : Sentiasa berbelanja mengikut bajet.

Jika anda hendak pergi ke kedai makan sekalipun, anda perlu ada bajet dan anda perlu ikut bajet anda. Jangan berbelanja tanpa bajet kerana anda pasti tidak sedar di mana anda belanjakan wang dan selalunya anda  akan berbelanja ke atas barang yang tidak perlu.  

Tip kelima : Cara cara untuk tambah pendapatan.

Hutang akan lebih cepat di bayar jika anda cari pendapatan lebih untuk membayarnya.

Tip keenam : Bayar hutang jangan tangguh – tangguh.

Bayar sahaja hutang dan jangan cuba hendak memusingkan wang tersebut ke arah lain. Sekali anda tertangguh, anda pasti ada kekuatan untuk menangguh kali kedua. Akhirnya hutang bertambah kerana interest dan anda tidak ada wang untuk membayarnya.

Tip ketujuh : Berhenti menyesal dan terus maju kehadapan.

Kadangkala, kita rasa menyesal kerana berhutang terlalu banyak sehinggak hidup dalam kesempitan. Berhenti menyesal. Sebaliknya terus maju ke hadapan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang anda sendiri memulakannya.





No comments:

Post a Comment