Thursday, October 20, 2011

Lima langkah hapuskan hutang

Lima langkah hapuskan hutang.

Hidup berhutang memang merunsingkan fikiran. Di sebabkan hutang, hendak tidur pun tidak lena kerana asyik memikirkannya. Di sebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat, kebanyakan orang seperti kehilangan arah untuk menguruskan wang.  Hutang hendak di bayar, kehidupan seharian juga perlu di tanggung. Sebelum anda hilang arah di sebabkan masalah kewangan, baiklah anda berusaha untuk mengatasinya.


Cara paling senang untuk mengatasi hutang adalah dengan melunaskan segala hutang dengan segera. Apabila anda bebas hutang, barulah anda akan rasa lega. Berikut adalah lima langkah untuk menghapuskan hutang.

Langkah pertama : Siasat jumlah wang yang anda hutang.

TIndakan pertama adalah mengetahui jumlah tepat wang yang anda hutang.  Tindakan ini membantu anda untuk tahu dengan jelas situasi kewangan anda.

Langkah kedua : Rancang bajet.

Ketahui jumlah wang yang terpaksa anda keluarkan dari gaji anda untuk membayar hutang dan jumlah wang perbelanjaan harian atau bulanan anda. Di sini, anda rancang pelan bajet untuk jimat wang sebanyak mungkin. Utamakan pembayaran hutang dan jimat sehabis mungkin perbelanjaan harian. Adakan juga wang untuk di simpan di bank walaupun sedikit. Melalui bajet yang anda rancang ini, anda akan lebih cekap untuk menguruskan wang dan dalam masa yang sama menghapuskan hutang.

Langkah ketiga : Jangan ambil hutang baru.

Di sebabkan anda baru hendak belajar berbajet, anda pasti akan ada masalah untuk mengawal nafsu membeli anda. Oleh itu, anda perlu berusaha kekal pada rancangan bajet anda dan jangan cuba mengambil hutang baru seperti hutang kredit kad dan sebagainya.

Langkah keempat : Utamakan pembayaran hutang.

Anda perlu anggap diri anda sekarang di dalam penjara dan membayar hutang adalah cara untuk membebaskan diri anda dari penjara. Lakukan sebaik mungkin untuk membayar hutang. Biarlah anda terpaksa hidup dalam bajet selama dua hingga tahun, asalkan semua hutang anda selesa dan anda bebas untuk menggunakan wang anda tanpa rasa bersalah selepas itu.

Langkah kelima : Dapatkan bantuan kaunseling jika masih ada masalah untuk fokus.

Jika anda masalah untuk fokus, anda boleh daftar diri anda di pusat kaunseling hutang yang berhampiran seperti agensi kaunseling dan pengurusan hutang ( AKPH).

No comments:

Post a Comment