Tuesday, November 8, 2011

Lima sebab kenapa anda perlu ada belanjawan anda sendiri.

Lima sebab kenapa anda perlu ada belanjawan anda sendiri.

Belanjawan adalah penting dalam dalam keadaan sekarang. Duit masuk lambat tetapi keluar dengan sangat cepat sehinggakan kita tidak tahu di mana kita membelanjakan wang kita. Belanjawan membolehkan kita mengagih – agihkan wang untuk membantu kita membelanjakannya mengikut jalan yang betul. Berikut adalah lima sebab kenapa kita perlu ada belanjawan sendiri.


Sebab pertama : Belanjawan akan memberi anda kejayaan dalam pengurusan wang.

Jika anda ingin menguruskan wang, anda perlu ada rancangan. Belanjawan adalah rancangan anda. Melalui belanjawan, anda boleh bahagikan wang anda untuk membayar hutang, membeli barang – barang tertentu, membeli barang keperluan dan peruntukan untuk percutian. Belanjawan adalah seperti blueprint untuk anda menguruskan wang.

Sebab kedua : Matlamat anda nampak jelas dan lebih senang untuk membuat keputusan.

Jika ada keinginan seperti hendak hidup bebas hutang atau ingin kumpul modal untuk perniagaan atau hendak beli kenderaan baru atau apa sahaja keinginan, adanya belanjawan membolehkan anda untuk setkan matlamat  untuk mencapai impian atau keinginan anda.

Sebab ketiga : Menjadikan perbelanjaan lebih pro aktif.

Perbelanjaan yang proaktif bermakna anda dapat pulangan yang baik bagi setiap wang yang anda belanjakan. Melalui belanjawan, anda boleh memastikan wang yang anda belanjakan sentiasa memberi pulangan yang baik pada diri anda dan juga keluarga.

Sebab keempat : Boleh menghalang masalah kewangan melanda kehidupan anda.

Malang itu tidak berbau. Secara tiba – tiba sahaja ia boleh terjadi. Adanya belanjawan, membolehkan anda untuk merancang rancangan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Jika tidak ada belanjawan, anda pasti kehilangan arah hendak menyelesaikan masalah yang melibatkan wang.

Sebab kelima : Kehidupan akan lebih teratur.

Adanya belanjawan membolehkan anda lari dari masalah dengan cepat. Anda tidak akan ada masalah kewangan kerana semuanya telah anda aturkan. Anda akan lebih bahagia bersama keluarga dan masalah wang tidak akan menganggu anda.

No comments:

Post a Comment