Thursday, October 20, 2011

Lima langkah hapuskan hutang

Lima langkah hapuskan hutang.

Hidup berhutang memang merunsingkan fikiran. Di sebabkan hutang, hendak tidur pun tidak lena kerana asyik memikirkannya. Di sebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat, kebanyakan orang seperti kehilangan arah untuk menguruskan wang.  Hutang hendak di bayar, kehidupan seharian juga perlu di tanggung. Sebelum anda hilang arah di sebabkan masalah kewangan, baiklah anda berusaha untuk mengatasinya.

Saturday, October 8, 2011

Lima langkah asas jimat wang

Lima langkah asas jimat wang.

Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.

Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.

Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.

Saturday, October 1, 2011

Baca ini untuk belajar tiga langkah merancang bajet keluarga.

Baca ini untuk belajar tiga langkah merancang bajet keluarga.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak merancang bajet untuk keluarga mereka. Mereka pernah dengar, tetapi mereka tidak pernah praktikkan. Mereka berpendapat bajet hanya untuk golongan yang kaya – kaya sahaja. Mereka silap kerana rancangan bajet adalah untuk semua jenis golongan dan setiap orang atau keluarga perlu ada bajet mereka sendiri untuk mengurus wang yang mereka ada.

Kita boleh lihat, keluarga yang tidak cekap pengurusan wangnya tidak bahagia manakala keluarga yang bijak dalam pengurusan wang lebih bahagia. Kerana wang manusia boleh bergaduh.Demi kebahagiaan anda dan keluarga, anda perlu rancang bajet. Sebagai bantuan, berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ikut untuk merancang bajet.

Langkah pertama.

Jujur dengan diri sendiri. Nyatakan dengan tepat jumlah pendapatan dan hutang yang anda ada. Anda perlu keluar dari alam khalayan dan kembali pada alam realiti. Alam realiti yang saya maksudkan adalah alam yang praktikal. Jika pendapatan anda adalah RM 2000 sebulan, secara praktikalnya perbelanjaan anda perlulah kurang dari jumlah tersebut. Jika anda hidup dalam alam khayalan, anda pasti akan terlebih belanja dan hutang akan bertambah.

Langkah kedua.

Dari jumlah pendapatan setiap bulan yang anda peroleh. Anda tolak jumlah tetap yang anda perlu bayar seperti hutang, sewa rumah, bil – bil utiliti dan sebagainya jika ada. Dari lebihan wang ini anda masukkan sebahagian ke dalam akaun simpanan tetap . Lebihan seterusnya anda gunakan ia untuk perbelanjaan.

Anda bahagikan peruntukkan kepada beberapa bahagian seperti pendidikan, barang dapur, hiburan, perhiasan diri, perbelanjaan anak - anak dan simpanan untuk peristiwa masa depan seperti melancong, hari raya dan sebagainya.

Langkah ketiga

Selepas anda bahagi – bahagikan wang mengikut jumlah yang anda tetapkan, anda jangan terlalu skema. Kadangkala barang dapur akan meningkat kosnya tanpa kita perasan, jadi janganlah pula anda catu makanan anda tetapi anda kurangkan wang dari bahagian hiburan contohnya dan masukkan ia ke dalam peruntukkan barang dapur. Anda perlu bersikap fleksibel dan megubah rancangan mengikut keadaan semasa jika perlu. Pada bulan hadapan, anda baiki bajet supaya lebih bagus.

Tuesday, September 20, 2011

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus.

Bajet atau juga boleh di kenali sebagai belanjawan adalah satu komponen yang penting dalam usaha anda untuk mengurus wang.Tanpa bajet, pengurusan wang akan jadi kacau bilau. Bajet yang bagus adalah bajet yang merangkumi semua perbelanjaan yang wujud dalam kehidupan anda.Dari barang wajib seperti makanan sehinggalah hiburan seperti menonton wayang, semuanya perlu ada bajet, barulah bajet anda sempurna.

Thursday, September 8, 2011

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang

Lima cara untuk ajar anak – anak mengenai pengurusan wang.

Apabila kita berkata mengenai pengurusan wang untuk anak – anak, anda pasti terbayang duit tabung sebagai kaedah yang berkesan. Kaedah ini memang berkesan, cuma di zaman yang penuh dengan cabaran, kaedah pengajaran perlulah lebih agresif lagi supaya anak – anak tidak membazir wang yang telah anda cari untuk mereka.

Berikut adalah lima cara yang boleh anda gunakan untuk mengajar anak – anak anda menguruskan wang.

Thursday, September 1, 2011

5 tip rancang bajet keluarga.

Menyediakan bajet keluarga bagi menguruskan perbelanjaan adalah antara perkara yang perlu di lakukan oleh ibu bapa sekarang. Keluarga adalah satu organisasi. Jika anda berjaya menguruskan kewangan keluarga dengan baik, keluarga anda akan jadi lebih bahagia dan tersusun. Jika tidak ada bajet atau belanjawan, takut – takut anda terlepas pandang keperluan seorang dua ahli keluarga dan mengakibatkan kepincangan dari segi hubungan. Selain itu, bajet juga membolehkan anda mengawal diri untuk belanja lebih dari sepatutnya.

Berikut adalah lima tip untuk merancang bajet keluarga.

Tip pertama : Masukkan matlamat masa hadapan dalalm perancangan bajet bulanan.

Rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Katakan anda ingin beli kereta pada tahun hadapan. Masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik belajar berjimat sekarang dari tergesa – gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.

Tip kedua : Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga.

Awal bulan, tanya setiap ahli keluarga apa yang mereka perlu. Dapatkan bajet secara spesifik dari setiap orang. Anda baca bajet mereka dan luluskan yang mana anda rasa perlu dan anda nilai sendiri berdasarkan wang yang anda ada.

Tip ketiga : Dapatkan jumlah wang tetap yang perlu di bayar.

Wang untuk hutang rumah, kereta, insurance, bil – bil dan sebagainya perlu di sediakan jumlahnya secara tepat. Apabila anda dapat gaji, anda asingkan siap – siap wang untuk pembayaran hutang – hutang dan bil – bil. Dari lebihan wang, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang bagi peruntukan makanan juga boleh di sediakan secara tetap setiap bulan.

Tip keempat : Agihkan wang untuk simpanan dan kecemasan.

Agihkan wang lebihan selepas perancangan bajet untuk di simpan secara tetap dan kegunaan kecemasan. Selain akaun bank untuk simpanan tetap, anda perlu juga sediakan akaun simpanan untuk kecemasan bagi menampung lebihan bajet jika berlaku. Kadangkala, ada perkara yang tidak di sangka – sangka berlaku seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Tip kelima : Ikut apa yang anda rancang.

Bajet tidak akan berjalan seperti yang anda mahu jika anda tidak ikut apa yang anda rancang. Kuatkan azam dan ikut segala rancangan yang telah anda tetapkan.

Wednesday, August 31, 2011

Anda hendak rancang bajet?

Anda hendak rancang bajet ? Tetapi tidak tahu jumlah sebenar wang yang anda gunakan untuk berbelanja ? Artikel ini boleh membantu anda.

Salah satu sebab kenapa orang gagal melaksanakan bajet yang mereka rancang adalah di sebabkan mereka merancang bajet yang silap.Mereka ingat, mereka hanya berbelanja sekitar RM 700 seminggu. Namun, apabila tiba pada hari perlaksanaan, mereka sentiasa terlebih belanja di sebabkan keadaan bajet yang tidak stabil. Ada sahaja perkara yang memerlukan belanja, tetapi mereka terlepas pandang dan terpaksa keluarkan wang yang luar dari rekod bajet.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan berbelanja kurang dari pendapatan yang anda peroleh adalah mengetahui jumlah sebenar wang yang terpaksa anda keluarkan setiap bulan berdasarkan perbelanjaan seharian anda. Apabila anda tahu keadaan sebenar cara anda berbelanja atau habit anda berbelanja, anda dapat kurangkan yang mana perlu dan seterusnya berjimat.

Pada bulan pertama, anda simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat satu diari yang berkisahkan perbelanjaan anda pada setiap hari. Dalam diari itu, anda catat semua perbelanjaan yang anda keluarkan pada setiap hari. Catatkan perkara yang anda beli dan harganya. Catatkan walaupun harganya 20 sen seperti bayaran tempat letak kereta. Walaupun nilainya kecil, anda perlu catat kerana anda boleh kurangkan pembaziran pada perkara yang tidak perlu.

Kemudian anda kenalpasti pula bayaran bil – bil utiliti seperti elektrik, air, broadband, astro dan segala keperluan anda yang lain. Tetapkan jumlah wang yang tetap bagi bayaran bil – bil ini. Katakan anda hanya mampu membayar sekitar RM 400 sebulan untuk bayaran bil, anda perlu pandai mengurangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu.

Contohnya jika bayaran bil bagi elektrik adalah tinggi, anda cuba lakukan penjimatan selama sebulan. Jika anda dapati harga bil tersebut masih tinggi bermakna memang rumah anda menggunakan elektrik pada kadar kuasa yang tinggi, jadi anda jimatkan pula pada bahagian lain seperti kurangkan langgan siaran astro, tukar talian telefon pada prepaid dan rendahkan langganan kapasiti broadband.

Anda juga boleh bahagikan perbelanjaan dalam diari harian anda kepada barang dapur, utility, hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, hiburan, pakaian, isi rumah dan sebagainya yang anda rasa perlu. Tulis diari anda secara konsisten selama 2 hingga 3 bulan. Pada bulan pertama anda akan nampak secara kasar habit berbelanja anda dan tahu jumlah sebenar yang anda belanjakan.
Anda rancang bajet untuk bulan kedua dan laksanakan bajet anda. Pada bulan kedua anda perlu catat diari lagi untuk menilai sejauh mana anda laksanakan rancangan bajet anda. Hendak berjimat bukannya mudah kerana anda perlu ubah kebiasaan anda membazir kepada tidak membazir. Ketahui cara anda berbelanja, nescaya anda dapat cari cara hendak berjimat.